Dalam bidang perubatan Kolagen

Pembedahan kosmetik

Kolagen kerap digunakan dalam pembedahan kosmetik sebagai bantuan penyembuhan untuk merawat mangsa-mangsa kebakaran, merawat pembinaan semula tetulang serta pelbagai kegunaan gigi, ortopedik, dan pembedahan yang lain. Kedua-dua jenis kolagen manusia dan lembu digunakan sebagai pengisi kulit untuk merawat kedutan kulit dan penuaan.[5]

Pembentukan semula tisu

Perancah kolagen digunakan dalampembinaan semula tisu, sama ada kolagen itu dalam bentuk span, kepingan nipis mahupun gel. Kolagen mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk pembinaan semula seperti struktur liangnya, kecenderugannya kepada air serta kestabilannya. Perancah kolagen juga ideal untuk deposisi sel-sel, seperti osteoblas dan tanda-tanda dan setelah dimasukkan, pertumbuhan mampu untuk terus seperti biasa di jaringan.[6]

Dalam pembedahan pembentukan semula

Kolagen banyak digunakan dalam menghasilkan bahan pengganti kulit buatan yang digunakan bagi merawat luka terbakar yang berat. Bahan-bahan pengganti ini boleh diperolehi dari sumber berasaskan lembu, kuda, khinzir, bahkan juga manusia; dan kadangkalanya bahan-bahan sebegini digabungkan bersama silikon, glikosaminoglikan, fibroblast, faktor-faktor pertumbuhan dan sebagainya.

Kolagen juga dijual secara komersial dalam bentuk pil sebagai makanan tambahan bagi membantu pergerakan sendi. Pengambilan kolagen secara oral tidak menjejaskan tisu penghubung dalam badan, melainkan melalui suplemen asid amino yang berasingan kerana protein diuraikan menjadi asid amino sebelum ia diserapkan ke dalam badan.

Kolagen juga sering kali digunakan dalam kajian saintifik untuk kultur sel, pengkajian tingkah laku sel serta interaksi sel dengan persekitaran.[7]

Penjagaan luka

Kolagen adalah salah satu sumber utama badan manusia. Ia merupakan satu komponen tisu kulit yang membantuproses penyembuhan luka pada semua tahap.[8] Apabila kolagen disediakan untuk dasar luka, penutupan luka boleh berlaku lalu dapat mencegah pereputan luka yang boleh membawa kepada langkah yang lebih serius seperti amputasi.

Kolagen adalah produk semulajadi, justeru ia digunakan sebagai balutan luka semulajadi mempunya sifat-sifat yang tidak ada pada balutan luka buatan manusia. Ia bersifat tahan bakteria, satu sifat penting dalam balutan luka. Sifat kolagen melawan jangkitan kuman secara semulajadi membantu memastikan luka dalam keadaan steril. Apabila kolagen digunakan sebagai balutan luka kebakaran, tisu granulasi yang sihat dapat membentuk dengan lajunya di kawasan luka lalu luka akan menyembuh dengan cepat.[9]